Close

Program beta realme UI 4.0 kini dibuka untuk pengguna

realme kini membuka peluang buat semua pengguna mereka untuk menyertai program beta realme UI 4.0, yang mana program ini dibuat adalah untuk berkongsi cadangan, maklum balas dan juga penambahbaikan pada realme UI 4.0.

Program beta realme UI 4.0 kini telahpun tersedia untuk beberapa peranti seperti GT Neo 2, GT 2 Pro dan GT Neo 3. Untuk menyertai program ini, pengguna perlu mendaftar seterusnya akan mula menerima kemas kini dalam masa 7 hari.

Bersempena dengan program ini, realme turut membawakan kempen realme UI Widget Co-Creation 2022, yang mana kempen ini membuka peluang untuk pengguna berkongsi idea tentang widget dan juga antara muka baharu. 

Kempen ini menawarkan hadiah berupa sebuah GT Neo 3 dan menariknya lagi, idea tersebut akan digunakan pada realme UI 4.0. Pemenang kempen ini akan diumumkan pada 8 Disember 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN