Close

PS5 versi Slim dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023

Sumber : Wyatt Coe

Sony buat masa ini telahpun menawarkan versi baharu Playstation 5 yang lebih ringan iaitu 7% berbanding dari versi pertama. Masalah utama menjadikan PS5 berat dan tebal adalah kerana CPU, RAM dan SSD yang memerlukan ruang yang besar.

Terkini, terdapat laporan mengatakan Sony akan membawakan Playstation 5 versi baharu yang lebih ringan dan lebih nipis. Yang mana, Playstation 5 versi baharu ini dikatakan akan hadir dengan reka bentuk yang berbeza dari model sebelumnya.
Versi baharu ini juga dikatakan akan menggunakan proses die-shrink untuk mengurangkan saiz konsol serta akan menggunakan voltan yang lebih rendah untuk mengurangkan tahap kepanasan dan menjadi lebih ringan.  Cip pemproses juga dikatakan akan dinaik taraf kepada teknologi binaan 5nm TSMC.
Dengan menggurangkan saiz dan juga berat Playstation 5, ia sekaligus dapat menggurangkan kos penghantaran dan juga kos pengeluaran. Playstation 5 versi baharu ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN