Close

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 diumumkan – Lebih pantas, lebih cekap dengan WiFi 7 dan Spatial Audio

Qualcomm secara rasminya mengumumkan cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 2. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai peningkatan dari segi prestasi, kecekapan, kamera, sambungan dan sebagainya.

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 menggunakan kod nama SM8550-AB, dibina dengan teknologi nod 4nm yang sama seperti cip Snapdragon 8 Gen 1. Cip Snapdragon 8 Gen 2 menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 35%, peningkatan grafik sehingga 25% dan juga kecekapan penggunaan kuasa sehingga 45%.

Terdapat perubahan dari segi konfigurasi CPU pada cip Snapdragon 8 Gen 2, yang mana ia kini hadir dengan 1+4+3. Menggunakan 1x teras utama Cortex x3 dengan 3.2Ghz, 4x Cortex-A715 teras prestasi 2.8GHz dan 3x teras kecekapan Cortex-A510 2.0GHz. Selain itu, ia juga menyokong teknologi memori sehingga 16GB LDDR5X 4,2000MHz dan juga storan dalaman dengan format UFS 4.0.

Untuk prestasi grafik, ia kini hadir dengan GPU Adreno terbaru yang turut menyokong keupayaan Ray Tracing, API Vulkan 1.3 dan mod gaming HDR. Ia juga kini menyokong resolusi skrin sehingga QHD+ dengan paparan sehingga 144Hz. Selain itu, ia juga turut menyokong kandungan HDR10+, Dolby Vision dan penyahkodan video AV1.

Dari segi fotografi, ia kini menyokong sensor kamera sehingga 200MP atau tri-kamera 36MP secara serentak. Ia juga boleh dipadankan dengan sensor terkini dari Samsung yang dioptimumkan melalui ISP. Untuk rakaman video, ia mampu merakam sehingga 8K HDR 30P atau 4K 120p dengan HDR.

Cip Snapdragon 8 Gen 2 kini menggunakan modem Qualcomm X70 5G dengan kelajuan maksimum muat turun 10Gbps dan muat naik 3.5Gbps. Ia juga menyokong sokongan dwi-SIM 5G DSA yang membolehkan dua rangkaian 5G dijalankan secara serentak.

Sambungan Wi-Fi 7 kini juga tersedia melalui Sistem FastConnect 7800 dengan kelajuan sehingga 5.8Gbps. Selain itu, ia juga menyokong Spatial Audio melalui Snapdragon Sound. Prestasi Ai juga turut diperingkat dengan pemproses Hexagon yang menawarkan 4.35x lebih pantas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN