Close

Qualcomm umumkan cip Snapdragon 782G

Qualcomm hari ini mengumumkan pengganti kepada cip Snapdragon 778G+ iaitu Snapdragon 782G. Merupakan cip kelas pertengahan baharu yang menawarkan sejumlah peningkatan dari segi prestasi, kamera dan juga sambungan

Menurut Qualcomm, Snapdragon 782G menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 5% dan peningkatan prestasi GPU sehingga 10% lebih pantas dari model sebelumnya.
Cip Snapdragon 782G menggunakan konfigurasi yang sama iaitu 1+3+4 dengan 1x Cortex-A78 2.7GHz, 3x Cortex A78 2.78GHz dan 4x Cortex-A55 1.9GHz. Dibangunkan dengan teknologi binaan 6nm yang dipadankan dengan GPU Adreno 624L.
Selain itu, cip ini turut menyokong Quick Charge 4+ dengan Fused AI Accelerator. Menggunakan ISP 14 bit yang menyokong resolusi kamera sehingga 200 MP. Dari segi sambungan, ia kini hadir dengan Snapdragon X53 yang menyokong Sub 6GHz dan mmWave. Ia juga dilengkapi dengan FastConnect 6700 yang menawarkan keupayaan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.
Biarpun, Qualcomm tidak mendedahkan senarai pengeluar yang akan menggunakan cip ini, Namun, terdapat laporan menyatakan Honor 80 akan menjadi pertama yang akan hadir dengan cip Snapdragon 782G.

ARTIKEL BERKAITAN