Close

realme C30s kini ditawarkan Malaysia dengan harga bermula RM399

realme kini sedia menawarkan peranti permulaan baharu untuk pasaran tempatan melalui model realme C30s. Hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik dengan harga yang lebih mampu milik.


realme C30s dilengkapi dengan skrin 6.5-inci LCD HD+, nisbah skrin 88.7% dan menyokong kecerahan puncak sehingga 400 nits. Dikuasakan dengan cip Unisoc SC9863A yang dipadankan dengan RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan jenis Mikro-USB. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera utama 8 MP dan kamera swafoto 5 MP.

Untuk harga jualan, realme C30s ditawarkan dengan harga bermula RM399 untuk 3GB+32GB dan RM499 untuk 4GB+64GB. Bagi yang berminat, realme C30s boleh didapati bermula 25 November ini melalui kedai atas talian dan pengedar rasmi realme.

Menariknya, anda boleh membeli realme C30s dengan harga promosi pada 25 hingga 27 November dengan harga RM367 untuk 3GB+32GB dan RM459 untuk 4GB+64GB. Harga promosi ini hanya tersedia untuk pembelian atas talian dan juga pengedar rasmi realme di Shopee atau Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN