Close

realme menjadualkan acara pelancaran siri realme 10 pada 8 Disember ini

realme kini sedia untuk menawarkan siri baharu mereka yang seterusnya melalui siri realme 10. Yang mana siri baharu ini akan diumumkan untuk pasaran Malaysia pada 8 Disember 2022.

Berikutan dari itu, realme telah berkongsi beberapa maklumat awal mengenai siri realme 10 melalui Facebook rasmi mereka. Melalui perkongsian itu, ia memaparkan model yang akan dilancarkan iaitu siri realme 10 dengan tulisan “stay tuned”.

Buat masa ini, realme telahpun mendedahkan tarikh pelancaran bagi siri realme 10. Namun begitu, realme tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti yang akan dilancarkan. Berdasarkan dari pelancaran di China, realme mungkin akan mengumumkan empat varian iaitu realme 10 4G, realme 10 5G, realme 10 Pro dan realme 10 Pro +.

Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi oleh realme dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN