Close

Rekaan Google Pixel 7a tertiris – Hadir dengan rekaan sama seperti Pixel 7

Sumber : SmartPrix

Google bakal mengemaskini peranti kelas pertengahan mereka dengan memperkenalkan Google Pixel 7a. Biarpun, Google belum lagi mendedahkan sebarang maklumat, namun telah ada laporan awal mengenai Pixel 7a.

Sumber : SmartPrix

Terkini, berdasarkan dari imej awal yang dikatakan sebagai Google Pixel 7a memperlihatkan rekaan  Pixel 7a adalah sama seperti Pixel 7. Namun begitu, perubahan ketara dapat dilihat pada bahagian hadapan, yang mana ia tampil dengan bezel yang lebih tebal berbanding Pixel 7.

Sumber : SmartPrix

Google sebelum ini sememangnya cenderung untuk mengekalkan rekaan peranti premium untuk digunakan pada peranti kelas pertengahan mereka, seperti mana pada Pixel 6a.

Sumber : SmartPrix

Dari segi spesifikasi, Google Pixel 7a dijangka hadir paparan 90Hz FHD+ dari Samsung, sokongan pengecasan tanpa wayar dan menggunakan sensor kamera dari Sony iaitu IMX787. Selain itu, ia turut dijangka akan hadir dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan. Mungkin akan terdapat perubahan dari segi rekaan atau spesifikasi memandangkan Google belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN