Close

Rekaan iQOO 11 5G tertiris sebelum pelancaran

Sumber : DigitalChatStation

iQOO telahpun menjadualkan acara pelancaran iQOO 11 5G pada 2 Disember ini di Malaysia. Peranti ini telah disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2, sekaligus menjadikan ia peranti pertama di Malaysia dengan cip tersebut.

Terkini, telah tertiris imej teaser yang memperlihatkan rekaan IQOO 11 5G. Melalui imej tersebut memperlihatkan iQOO 11 5G tampil dengan warna putih bersama tiga garisan dengan warna yang berbeza. Selain itu, turut tertera penjenamaan iQOO pada garisan tersebut.

Turut dapat dilihat, ia hadir dengan rekaan kamera belakang jenis segi empat tepat bersama kemasan carbon fiber pada bahagian atas menjadikan panel belakangnya hadir dengan dua tona warna.

Dari segi spesifikasi, iQOO 11 5G dijangka akan hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED E6 dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, Bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 120W. Untuk fotografi, ia dijangka hadir dengan tri-kamera belakang 50MP + 12MP + 8MP bersama ISP V2 baharu dari Vivo.

Menjelang hari pelancaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN