Close

Rekaan konsep iPhone 15 Ultra diperlihatkan

Biarpun Apple baharu sahaja melancarkan siri iPhone 14 pada September lalu. Namun, telah ada beberapa laporan mengenai generasi iPhone yang seterusnya iaitu siri iPhone 15.

Menerusi perkongsian Gregg Martin, memperlihatkan rekaan konsep iPhone 15 Ultra. Berdasarkan konsep tersebut, memperlihatkan yang iPhone 15 Ultra hadir dengan tetapan sistem kuad-kamera belakang dengan kamera tambahan baharu iaitu kamera periskop.

Rekaan konsep tersebut turut memperlihatkan pilihan warna baharu iaitu warna perak dengan gabungan warna emas pada beberapa bahagian seperti pada butang dan juga bingkai kamera. Selain itu, ia masih membawakan rekaan Dynamic Island dan rekaan sisi jenis rata.

Rekaan konsep ini dilihat sama seperti laporan sebelum ini, yang mana Apple tidak lagi akan menggunakan nama model Pro Max sebaliknya akan menggunakan nama model Ultra dan akan hadir dengan kamera periskop.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN