Close

Rekaan Xiaomi 13 tertiris – Membawakan rekaan jenis berkotak seperti iPhone 14 Pro

Sumber : CompareDial

Menurut dari beberapa laporan, Xiaomi dijangka akan membawakan perubahan reka bentuk yang berbeza dari model sebelumnya pada Xiaomi 13.

Sumber : CompareDial

Berdasarkan dari imej dikongsi, telah memperlihatkan reka bentuk yang dikatakan sebagai Xiaomi 13. Melalui imej tersebut, dapat dilihat yang Xiaomi 13 akan hadir dengan skrin, panel belakang dan juga bingkai jenis rata. 

Rekaan baharu pada Xiaomi 13 ini dikatakan mirip seperti rekaan iPhone yang sedang popular ketika ini iaitu rekaan jenis berkotak.

Sumber : CompareDial

Pada bahagian kamera belakang turut terdapat perubahan, yang mana ia kini hadir dengan sistem tri-kamera bersama rekaan segi empat sama dengan ketebalan sekitar 10.3mm. Untuk spesifikasi dalaman, ia dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN