Close

Ini senarai peranti Samsung yang bakal menerima kemaskini One UI 5.0 berasaskan Android 13

Samsung telahpun menjalankan program beta One UI 5.0 untuk mendapatkan maklum balas dan menguji perisian sebelum dilancarkan secara global. Selepas hampir dua bulan, One UI 5.0 kini sedia untuk dilepaskan secara berperingkat.


Selain siri Samsung Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra yang telah menerima kemaskini One UI 5.0. Samsung Galaxy Fold Z Fold4 turut dilihat mula menerima kemaskini tersebut. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah ciri baharu yang menarik dan juga pengalaman penggunaan yang lebih baik dari versi yang sebelumnya.

Samsung telahpun menyeneraikan peranti yang bakal menerima kemaskini One UI 5.0 berasaskan Android 13. Yang mana kesemua peranti yang layak dijangka akan menerima kemaskini tersebut sebelum akhir tahun hadapan. 

Senarai peranti yang akan menerima kemaskini One UI 5.0 :

Siri Galaxy S 

  • Galaxy S22 series
  • Galaxy S21 series
  • Galaxy S20 series
  • Galaxy S20 FE
  • Galaxy S21 FE

Siri Galaxy Note 

  • Galaxy Note 20
  • Galaxy Note 20 Ultra
  • Galaxy Note 10 Lite

Siri Galaxy Foldable

  • Galaxy Z Fold 3
  • Galaxy Z Flip 3
  • Galaxy Z Flip 4
  • Galaxy Z Fold 4

Siri Galaxy A

  • Galaxy A53 5G
  • Galaxy A33 5G
  • Galaxy A73 5G
  • Galaxy A71
  • Galaxy A52

Siri Galaxy Tab

  • Galaxy Tab S8 
  • Galaxy Tab S8+ w
  • Galaxy Tab S8 Ultra 
  • Galaxy Tab S7 
  • Galaxy Tab S7+ 

Siri Galaxy X, M dan F

  • Galaxy Xcover 6 Pro
  • Galaxy M52 5G
  • Galaxy M32 5G
  • Galaxy F62

ARTIKEL BERKAITAN