Close

Samsung Galaxy Z Fold4 – Kemampuan kamera luar biasa pada peranti boleh-lipat


Perubahan yang dibawakan pada Samsung Galaxy Z Fold4 tidak hanya tertumpu kepada kebolehan lipatan, yang mana kini lebih kukuh tetapi ia juga merangkumi beberapa perkara lain antaranya adalah kemampuan kamera.

 

Tidak dapat dinafikan, keupayaan kamera pada peranti boleh-lipat boleh dianggap sebagai pelengkap sahaja. Tetapi, tidak pada Samsung Galaxy Z Fold4 yang mana ia telah merubah pendapat kami mengenai perkara tersebut.

Untuk konfigurasi kamera Samsung Galaxy Z Fold4, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sudut lebar + 10MP telefoto f/2.4 + 10MP ultra sudut lebar f/2.2. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 10MP f/2.2 di bahagian hadapan, sementara untuk kamera swafoto di bahagian dalam ia menggunakan sensor 4MP f/1.8 yang diletakkan di bawah skrin.


Secara keseluruhan, kemampuan kamera belakang pada Samsung Galaxy Z Fold4 adalah lebih baik darai model sebelumnya. Sensor utamanya kini adalah 23% lebih terang, kemampuan zum optik juga dipertingkat kepada 3x dan zum digital kini menyokong sehingga 30x. 

Keupayaan sensor utama 50MP dan sistem OIS adalah sangat membantu dalam pelbagai keadaan lebih-lebih lagi ketika keadaan kurang cahaya. Apa yang boleh dikatakan imej yang dihasilkan dari kamera peranti ini adalah sangat baik.


Pada kebanyakkan keadaan ia berjaya memberikan hasil yang sangat baik dengan warna yang dihasilkan vibrant dan kebanyakkan warna sepadan dengan apa yang dilihat. Tahap Perincian juga dapat dikekalkan dengan baik dan tidak over sharpen. Selain itu, keupayaan autofokus juga adalah sangat pantas dan juga tepat.

Untuk kamera ultra sudut lebar dan telefoto, kedua-dua kamera ini berjaya menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Imej yang dihasilkan adalah amat baik dengan warna yang dihasilkan adalah terang dan tajam. Kebanyakkan situasi kedua-dua kamera ini memberikan hasil setanding seperti peranti andalan lain.


Pada keadaan kurang cahaya atau malam, hasil imej yang diberikan adalah sangat memuaskan. Tahap perincian dapat dikekalkan pada kebanyakkan keadaan. Namun, terdapat beberapa kelemahan seperti warna skin tone pada sesetengah keadaan dilihat tidak sepadan dan noise dilihat ketara pada imej indoor. Walaubagaimanapun, secara keseluruhan ia masih dapat menghasilkan imej yang baik.

Selain peningkatan pada kamera utama, keupayaan kamera swafoto juga wajar dipuji. Yang mana Samsung telah membawakan perubahan pada kamera swafoto di bawah skrin. Imej swafoto yang dihasilkan kini semakin baik dan juga lebih terperinci berbanding pada model sebelumnya. Tetapi, berbeza dengan kamera swafoto utama imej yang dihasilkan adalah baik.
Menariknya, anda juga boleh menggunakan kamera utama untuk mengambil swafoto sekaligus dapat memberikan imej swafoto yang lebih baik dan juga berkualiti tinggi. Yang mana, keupayaan ini hanya terdapat pada peranti boleh-lipat sahaja.

Sebagai kesimpulan, kemampuan kamera pada Samsung Galaxy Z Fold4 bukanlah kekurangan terbesar. Sebaliknya, ia adalah kelebihan terbesar untuk sebuah peranti boleh-lipat. Seperti dipermulaan, kemampuan kamera peranti boleh-lipat sering disalah erti dan dianggap sebagai pelengkap. Namun, Samsung telah berjaya mengubah perspektif tersebut dan menterjemahkan pada Samsung Galaxy Z Fold4.
Apa yang kami bolehkan katakan adalah, kemampuan kamera Galaxy Z Fold4 berada di satu tahap yang berbeza untuk segmen peranti boleh-lipat. Ia juga boleh dikatakan sebagai peranti boleh-lipat yang serba lengkap dengan kemampuan kamera yang baik, rekaan yang menarik dan juga sistem operasi yang lancar.

ARTIKEL BERKAITAN