Close

Samsung Galaxy Z Fold4 – Keupayaan sistem operasi yang padu dan lancar

Tidak hanya mempunyai spesifikasi yang unggul, Samsung Galaxy Z Fold4 turut digabungkan dengan sistem operasi yang mantap dan mampan bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dari model sebelumnya.


Jadi tidak hairanlah, jika Samsung Galaxy Z Fold4 sememangnya mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa tanpa menghadapi sebarang masalah.


1667871307778170-0


Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Z Fold4 bukan sahaja hadir dengan penambaikan dari segi perkakasan sahaja, ia turut menerima beberapa perubahan besar pada bahagian Sistem Operasi. Samsung Galaxy Z Fold4 menjalankan One UI 4.1.1 yang berasaskan Android 12L baharu yang mana versi ini direka khas untuk tablet dan juga peranti boleh lipat.


1667871304332509-1

Bagi memudahkan lagi keupayaan berbilang tugas pada Samsung Galaxy Z Fold4, terdapatnya bar tugas yang terletak di bahagian bawah yang mana ia akan memaparkan aplikasi baharu secara automatik. Ia juga boleh diubahsuai mengikut kegemaran pengguna dengan hanya menyusun pada skrin utama.

1667871301658247-2

Dengan adanya bar tugas, ia menjadikan Samsung Galaxy Z Fold4 terasa seperti sebuah desktop yang mampu menukar aplikasi dengan sangat lancar tanpa sebarang masalah.

1667871298288505-3

Perkara lain menarik mengenai Samsung Galaxy Z Fold4 adalah mengenai Multi Window, yang mana ia sangat mudah untuk digunakan. Untuk mula menggunakan mod ini, pengguna hanya perlu melakukan tatalan dua jari dari sisi bawah atau kiri untuk membuka tetingkap sekunder bagi melancarkan aplikasi kedua. Selain itu, Mod Flex juga kini telah ditambah baik, yang mana ia kini boleh diletakkan di atas aplikasi lain ketika peranti digunakan secara ‘L’.

Menariknya lagi, Samsung Galaxy Z Fold4 kini sudahpun mula menerima kemaskini One UI 5.0 yang berasaskan Android 13. Melaluinya, ia membawakan sejumlah perubahan dari segi antara muka seperti animasi yang lebih lancar, Material You, widget lebih baharu dan lain-lain. Selain itu, Samsung turut menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka.

Kesimpulannya, kemampuan sistem operasi dan juga prestasi pada Samsung Galaxy Z Fold4 adalah sangat mengagumkan. Yang mana ia dijana dengan cip Snapdragon 8 + Gen 1 yang merupakan cip paling berkuasa dalam keluarga Qualcomm ketika iniPengalaman menggunakan peranti dengan keupayaan Multi Window adalah sangat mengujakan. Kelancaran sewaktu mengguna atau menukar aplikasi adalah sangat mengagumkan.

ARTIKEL BERKAITAN