Close

Samsung hanya menggunakan cip Snapdragon pada siri Galaxy S23

Sumber : OnLeaks

Samsung bakal melancarkan peranti premium mereka yang seterusnya iaitu Siri Samsung Galaxy S23. Yang mana, ia dijangka akan dilancarkan lebih awal dari kebiasaan iaitu pada Februari 2023.

Selain hari pelancaran yang lebih awal, Samsung turut dilaporkan akan hadir dengan satu pilihan cip sahaja pada siri Samsung Galaxy S23 iaitu cip pemproses dari Qualcomm. Membawa maksud, semua siri Samsung Galaxy S23 iaitu Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra akan dilengkapi dengan cip yang sama dari Qualcomm.

Laporan tersebut ini disahkan oleh Qualcomm yang menyatakan kesemua siri Samsung Galaxy S23 akan menggunakan cip Snapdragon untuk pasaran Global.

Menariknya, keputusan Geekbench siri Samsung Galaxy S23 dilaporkan telah tertiris yang memperlihatkan ketiga-tiga model tersebut dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Selain akan dijana dengan cip dari Qualcomm, siri Samsung Galaxy S23 turut dijangka hadir dengan kamera sehingga 200MP, bateri yang lebih besar dan juga pengecasan pantas yang lebih pantas.

Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai siri Samsung Galaxy S23. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN