Close

Siri Asus ROG Phone 6D kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3,499

Asus kini sedia menawarkan siri Asus ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate untuk pasaran tempatan. Ia merupakan model naik taraf kepada siri Asus ROG Phone 6. Membawakan beberapa perubahan dari segi spesifikasi seperti dijana oleh cip MediaTek 9000+. 


Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED FHD+, paparan 165Hz dan menyokong paparan HDR10+Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+,RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera 50MP sudut lebar + 13MP ultra lebar + 5MP makro, dan 12MP untuk swafoto. Bateri 6000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 65W.



Kedua-dua model ini dibezakan dengan penawaran konfigurasi storan. Yang mana ROG Phone 6D hadir dengan storan 256GB, manakala ROG Phone 6D ultimate hadir dengan storan 512GB. Untuk konfigurasi RAM kedua-duanya hadir dengan 16GB RAM.

Selain itu, terdapat juga perbezaan di bahagian panel belakang pada kedua-dua model. Pada ROG Phone 6D hanya terdapat panel RGB sahaja. Sementara pada ROG Phone 6D Ultimate, terdapat skrin sekunder yang dipanggil sebagai ROG Vision PMOLED dan juga terdapat lubang udara terbuka untuk membantu sistem penyejukkan yang lebih baik dengan AeroActive Cooler 6.



Ciri lain yang turut dibawakan pada siri Asus ROG Phone 6D adalah sokongan bicu audio 3.5mm, dua port pengecasan jenis USB-C, penarafan IPX4, sokongan butang trigger dan sebagainya.



Dari segi harga jualan, ROG Phone 6D dijual pada tanda harga RM3,499 untuk 12GB+256GB manakala ROG Phone 6D Ultimate pula dijual pada harga RM4,999 untuk 16GB+512GB yang datang bersama AeroActive Cooler.



Bagi yang berminat, siri Asus ROG Phone 6D boleh didapatkan bermula 9 November 2022. Sempena hari pelancaran, ROG Phone 6D akan menerima diskaun sebanyak RM300 menjadikan harga jualannya RM3199 dari 9 sehingga 30 November. 

ARTIKEL BERKAITAN