Close

Siri Huawei Nova 10 turut dilancarkan dengan harga mencecah RM2599

n12

Huawei kini sedia untuk menawarkan barisan baharu peranti kelas pertengahan mereka melalui siri Huawei Nova 10. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik. 


Huawei Nova 10 Pro

n1o%20pro


Merupakan model paling premium dalam siri Huawei Nova 10, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 788 4G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 100W. Melengkapkannya, tri-sistem kamera dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 60MP + 8MP.


Huawei Nova 10


n10

Untuk Huawei Nova 10, ia hadir dengan skrin 6.6.7-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana dnegan cip Snapdragon 778 4GB yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP dan swafoto 60MP. Dimuatkan dengan bateri 4000mAh bersama pengecasan pantas 66W.


Huawei Nova 10 SE

n1o%20se

Manakala untuk Huawei Nova 10 SE, ia dilengkapi dengan skrin 6.67-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680G 4G yang digabungakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem tri-kamera 108MP + 8MP + 2MP dan swafoto 16MP.


Untuk harga jualan siri Huawei Nova 10, ia bermula pada RM1499 untuk Huawei Nova 10 SE, RM2199 untuk Huawei Nova 10 dan RM2599 untuk Huawei Nova 10 Pro.


Bagi yang berminat, anda kini boleh melakukan pratempah bermula 12 hingga 17 November. Setiap pembelian akan menerima hadiah bernilai RM590 untuk Nova 10 dan 10 Pro. Manakala RM100 untuk Nova 10 SE yang berupa pakej HMS ekslusif.

ARTIKEL BERKAITAN