Close

Siri Oppo Reno9 kini rasmi dengan harga bermula RM1573

Oppo secara rasminya mengumumkan barisan baharu siri Oppo Reno melalui Reno9. Melaluinya, ia hadir dengan tiga varian iaitu Oppo Reno9, Oppo Reno9 Pro dan Oppo Reno9 Pro+.

Oppo Reno9 Pro+

Oppo Reno9 Pro+ merupakan varian paling premium untuk siri Oppo Reno9. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4700mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 80W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP depth. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Keupayaan kamera turut ditala dengan cip MariSilicon untuk memberikan hasil imej yang lebih baik.

Oppo Reno9 Pro+ dijual pada tanda harga RM2517 ($560) untuk 16GB+256GB dan RM2768 ($616) untuk 16GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan juga Emas.


Oppo Reno9 Pro


Seterusnya, Oppo Reno9 Pro. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED bersama paparan sehingga 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8100-Max, RAM sehingga 16GB LPDDR5, dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Seperti Reno9 Pro+, keupayaan kamera turut ditala dengan cip MariSilicon untuk memberikan hasil imej yang lebih baik.

Harga jualan bagi Oppo Reno9 Pro adalah bermula RM2202 ($490) untuk 16GB+256GB dan RM2391 ($532) untuk 16GB+512GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Gold dan Pink Gradient.

Oppo Reno9


Untuk model paling asas iaitu Oppo Reno9, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED bersama paparan sehingga 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G, RAM sehingga 12GB LPDDR5, dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 2MP B&W. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Model ini tidak menggunakan keupayaan cip MariSilicon seperti mana pada Oppo Reno9 Pro dan Reno 9 Pro+.

Harga jualan bagi Oppo Reno9 adalah bermula dari RM1573 ($350) untuk 8GB+256GB, RM1699 ($378) untuk 12GB+256GB dan RM1887 ($420) untuk 12GB+512GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Gold dan Pink Gradient. Siri Oppo Reno9 kini hanya tersedia di China dan mula dijual pada 2 Disember 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN