Close

Siri realme 10 akan dilancarkan pada 17 November ini

realme secara rasmi mendedahkan tarikh pelancaran bagi siri realme 10 iaitu pada 17 November yang akan berlangsung di China. realme dijangka melancarkan dua varian di bawah siri realme 10 iaitu realme 10 5G dan realme 10 Pro.

Berdasarkan dari beberapa imej dan juga video teaser yang dikongsi oleh realme telah mengesahkan beberapa maklumat mengenai siri realme 10 seperti hadir dengan skrin jenis melengkung dan kamera swafoto jenis punch hole dibahagian tengah. Menggunakan butang dari kemasan jenis aluminium, terdapat juga sambungan jenis USB-C, slot sim dan pembesar suara yang terletak di bahagian bawah.

Selain itu, siri realme 10 dijangka akan hadir dengan bateri yang lebih besar, kamera sensor yang lebih baik dan juga binaan yang lebih kemas. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang pengesahan mengenai spesifikasi penuh bagi siri realme 10.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN