Close

Siri Samsung Galaxy S23 dilaporkan menyokong komunikasi satelit

Selepas kebanyakkan peranti andalan mula menyokong keupayaan komunikasi satelit. Samsung dilihat tidak mahu ketinggalan, dan dilaporkan akan mula menyertakan keupayaan komunikasi satelit pada siri Galaxy S23.

Berikutan dari itu, Samsung dilaporkan telah berkerjasama dengan Iridium Communications dalam menyediakan keupayaan komunikasi satelit pada siri Galaxy S23 melalui teknologi 66 orbit-rendah.
Melalui kerjasama itu, ia membolehkan siri Samsung Galaxy S23 untuk menghantar SMS dan juga imej resolusi rendah melalui satelit.
Fungsi komunikasi satelit ini mungkin tidak akan tersedia di Korea, berikutan kawasannya yang kecil dan mempunyai perkhidmatan rangkaian 5G yang baik. Sebaliknya, ia hanya tersedia untuk beberapa negara seperti di Rusia, Eropah, Amerika Utara, China dan Amerik Selatan.
Siri Samsung Galaxy S23 di jangka akan dilancarkan pada Februari 2023 ini. Akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, rekaan yang lebih baik dan sistem kamera baharu. 

ARTIKEL BERKAITAN