Close

Snapdragon 8 Gen 2 dijangka akan diumumkan pada 15 November ini


Qualcomm telahpun menjadualkan acara Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2022 di Hawai.


Menjelang acara tersebut, Qualcomm dijangka akan mengumumkan pelbagai teknologi baharu dan juga cip premium mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 2.


Bercakap mengenai Snapdragon 8 Gen 2, ia dijangka akan hadir dengan teknologi binaan 4nm dari TSMC. Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan konfigurasi kluster 1+2+2+3 iaitu satu teras prestasi Cortex A73, dua teras pertengahan Cortex A720, dua teras Cortex A710 dan tiga teras kecekapan Cortex A510.


Untuk prestasi grafik, ia dijangka hadir dengan GPU Adreno 740. Berdasarkan dari markah penanda aras Geekbench yang tertiris, Snapdragon 8 Gen 2 dilihat menawarkan 15% peningkatan dari segi prestasi dari model sebelumnya.


Samsung dengan Galaxy S23 dan Xiaomi dengan Xiaom 13 dijangka akan menjadi pengeluar terawal yang akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN