Close

Sony PlayStation 5 dilaporkan telah terjual lebih daripada 25 juta setakat ini

Sony dilaporkan telah berjaya menjual lebih daripada 25 juta unit PlayStation 5 setakat ini. Biarpun konsol tersebut masih lagi di jual secara terhad kepada pengguna.

Laporan tersebut diperlihatkan melalui laporan pendapatan yang dikeluarkan oleh Sony Group Corporation untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September.

Dari tempoh Julai hingga September 2022, 3.3 juta unit penghantaran PlayStation 5 telah dibuat. Menjelang akhir tahun 2022, Sony menjangkakan yang konsol tersebut akan terjual sebanyak 18 juta unit iaitu 56% lebih tinggi berbanding tahun 2021.

Sehubungan dengan itu, jumlah pendapatan syarikat tersebut telah meningkat kepada $4.92 bilion setakat ini. Sekaligus, meletakkan Sony dihadapan dari segi angka jualan berbanding konsol lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN