Close

Spesifikasi Oppo Find X6 Pro tertiris – Kamera 1-inci, skrin 2K dan Snapdragon 8 Gen 2

Oppo dijangka akan membawakan peranti premium mereka seterusnya iaitu Oppo Find X6 Pro. Yang mana pada siri Find X, Oppo sentiasa menawarkan keupayaan kamera yang terbaik disamping spesifikasi yang terkini.

Biarpun, Oppo belum lagi mengumumkan sebarang tarikh mengenai pelancaran Oppo Find X6 Pro. Namun, telah ada beberapa laporan yang mendedahkan mengenai spesifikasi yang akan hadir pada model tersebut.
Menurut Yogesh Brar, Oppo Find X6 Pro dijangka akan membawakan skrin bersaiz 6.7-inci, resolusi 2K dan panel LTPO E6. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Menariknya, Oppo Find X6 Pro dijangka hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama IMX989 50MP 1-inci + 50MP ultra lebar + 50MP zum. Untuk perisian kamera ia akan menggunakan Hasselblad yang digabungkan dengan cip MariSilicon X generasi ke-2 turut akan dimuatkan. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.
Walaubagaimanapun, spesifikasi ini masih lagi diperingkat awal dan mungkin terdapat perubahan pada masa akan datang. Kami menjangkakan, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN