Close

Spesifikasi penuh Oppo Find N2 tertiris

Oppo dijangka akan melancarkan peranti boleh lipat baharu mereka iaitu Oppo Find N2. Biarpun, Oppo belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenainya. Namun, telah ada laporan yang tertiris mengenai spesifikasi peranti tersebut.

Dari segi rekaan, Oppo Find N2 masih lagi membawakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.
Dilengkapi dengan skrin luar bersaiz 5.54-inci OLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 7.1-inci OLED 120Hz. Menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 12GB RAM, 256GB storan, bateri 4520mAh dan pengecasan pantas 67W. 


Untuk fotografi, Oppo Find N2 akan turut menggunakan penjenamaan Hasselblad dan juga cip MariSilicon X dengan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 48MP + 32MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP untuk luar dan dalaman.
Selain Oppo Find N2, Oppo turut akan mengumumkan satu lagi peranti boleh-lipat baharu iaitu Oppo N2 Flip. Kedua-dua peranti ini dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN