Close

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 dan S23+ tertiris

Sumber : OnLeaks

Biarpun, Samsung belum lagi mengesahkan sebarang tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka iaitu siri Samsung Galaxy S23. Namun, telah ada beberapa laporan yang mendedahkan spesifikasi peranti tersebut.

Terkini, spesifikasi Samsung Galaxy S23 dan S23+ dilaporkan telah dikesan di laman web rasmi Federal Communications Commission (FCC). Melaluinya, ia telah mendedahkan beberapa spesifikasi seperti kapasiti bateri, skrin, dan juga kamera.

Samsung Galaxy S23 yang menggunakan nombor model SM-S911B akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci 1080p bersama paparan 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 3900mAh dan kamera swafoto 32MP. Untuk kamera ia mengunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 12MP + 10MP. 

Manakala, untuk Samsung Galaxy S23+ ia menggunakan nombor model SM-S916B akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.6-inci 1080p bersama paparan 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 4700mAh dan kamera swafoto 32MP. Ia turut hadir dengan tetapan tri-kamera belakang sensor utama 50 MP + 12MP + 10MP. 

Samsung dijangka akan mengumumkan siri Samsung Galaxy S23 melalui acara Unpacked pada Februari 2023. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN