Close

Tecno Pova 4 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM699


Tecno kini sedia untuk menawarkan Pova 4 untuk pasaran tempatan.
Ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang didatangkan dengan spesifikasi dan juga rekaan yang lebih baik dari model sebelumnya.



Untuk spesifikasi, Tecno Pova 4 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.82-inci IPS LCD bersama paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 4G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 6000mAh dimuatkan dengan pengecasan 18W. Melengkapkannya, ia hadir dengan kamera belakang 50MP dan 8MP kamera swafoto.


Dari segi harga jualan, Tecno Pova 4 dijual pada tanda harga RM699 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Biru. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman rasmi Tecno Malaysia.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN