Close

Telegram akan hadir dengan ciri berbayar untuk melihat perkongsian

Telegram kini telah menemui cara baharu untuk menjana pendapatan mereka dengan menawarkan ciri berbayar untuk melihat perkongsian.

Melalui ciri ini, pengguna perlu membayar sejumlah amaun untuk melihat perkongsian media seperti imej, video dan juga teks. Ciri ini juga dilaporkan telah diuji yang memperlihatkan kandungan perkongsian dikaburkan dan akan dapat dilihat selepas pembayaran dibuat.

Malangnya, ciri ini hanya akan tersedia untuk pengguna Android sahaja. Berikutan Apple mahukan potongan sehingga 30% untuk ciri ini. Sehubungan dengan itu, Telegram tidak akan menyertakan ciri ini pada iOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN