Close

Tiada lagi “Twitter for iPhone” selepas ini

Twitter ketika ini sedang melakukan beberapa perubahan berikutan ia kini diterajui oleh Elon Musk.

Sebelum ini, Elon Musk telah menghentikan langganan Twitter Blue buat sementara waktu berikutan masalah salah guna dan juga penyamaran identiti. 

Terkini, Elon Musk bakal membawakan satu lagi perubahan pada Twitter yang mana ia tidak lagi akan memaparkan sumber tweet yang dibuat seperti sebelum ini iaitu “Twitter for iPhone”. Alasan utama untuk membuang “Twitter for iPhone” adalah kerana ia merupakan satu pembaziran ruang skrin dan juga merugikan pemprosesan.

Berikutan dari itu, microservices Twitter juga akan dibuang bagi memastikan Twitter dapat diakses dengan lebih pantas. Menurut Elon, Twitter mengambil masa 2 saat untuk dimuat semula di Amerika Syarikat dan ia adalah sangat perlahan, manakala di India ia mengambil masa sekitar 20 saat untuk dimuat semula dan ia sememangnya berpuluh kali perlahan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN