Close

Tiga perkara yang anda perlu tahu mengenai Garmin Venu SQ 2


Garmin sememangnya mempunyai reputasi yang baik dan popular dalam menghasilkan jam tangan pintar yang lasak dan berkualiti. Sering menjadi pilihan pengguna lebih-lebih lagi pelari profesional mahupun atlet endurance.


Jam tangan pintar Garmin bukan sahaja hadir dengan pelbagai fungsi menarik, tetapi, ia juga mempunyai pelbagai keistimewaan yang dapat memudahkan aktiviti harian dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah, jika kebanyakkan pengguna lebih memilih Garmin berbanding jenama lain.


Seperti yang kita tahu, Garmin mempunyai pelbagai jenis varian, dan untuk kali ini kami ingin berkongsi tiga perkara yang ada perlu tahu mengenai Garmin Venu SQ 2.


Rekaan



Bercakap mengenai reka bentuk, Garmin Venu SQ 2 hadir dalam satu pilihan saiz sahaja iaitu dengan 40mm, menggunakan rekaan jenis petak yang sangat sesuai untuk kebanyakkan pengguna.


Menggunakan skrin sentuh jenis AMOLED bersaiz 1.41-inci dengan resolusi 320 x 360 yang sangat terang dan responsif. Untuk memberikan ketahanan yang lebih baik, bingkai pada Venu SQ 2 hadir dengan binaan jenis anodized aluminum manakala tubuhnya menggunakan polimer fiber-reinforced.

Secara keseluruhan, reka bentuk yang digunakan pada Garmin Venu SQ 2 adalah sangat minimal dan juga ringan jika dibandingan dengan model Garmin yang lain. Selain itu, kualiti binaan pada Garmin Venu SQ 2 juga adalah baik. Biarpun, ia menggunakan binaan jenis polimer fiber-reinforced. Namun, ia mempunyai ketahanan yang baik dan juga tahan lama.


Skrin

Selain dari spesifikasi dan prestasi yang baik, Garmin Venu SQ 2 turut mempunyai keupayaan skrin yang cukup baik. Ia juga merupakan perubahan paling ketara yang dibawakan oleh Garmin pada Venu SQ 2 .Yang mana ia kini hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 1.41-inci dan menggunakan panel jenis AMOLED yang lebih terang dan lebih tajam berbanding model terdahalu.
Dengan skrin yang terang dan tajam setiap maklumat yang dipaparkan seperti ikon, graf, nombor dan maklumat lain dapat dilihat dengan jelas biarpun digunakan untuk aktiviti luar. Selain itu, skrin sentuh pada Garmin Venu SQ 2 ini juga sangat responsif dan ia dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3.
Biarpun, sedikit sahaja perubahan yang dilakukan pada skrin Garmin Venu SQ 2. Namun, ia memberikan kesan yang sangat besar untuk penggunaan harian lebih-lebih untuk kegunaan luar. Secara keseluruhan, keupayaan skrin pada Garmin Venu SQ 2 adalah wajar di puji.
Bateri

Selain dari fungsi dan penjejakan kecergasan yang menjadi tumpuan, ketahanan bateri juga adalah perkara yang dititikberatkan dalam pemilihan jam tangan pintar. Penggunaan yang berbeza akan memberikan hasil ketahanan bateri yang berbeza.

Garmin menyatakan yang Venu SQ 2 mampu bertahan sehingga 12 hari untuk penggunaan biasa, 20 jam dengan mod GNSS. Ketahanan bateri semakin menurun kepada 7 jam jika menggunakan mod GNSS dan juga mendengar muzik.

Dari pengalaman saya, ketahanan bateri pada Venu SQ 2 mampu bertahan sehingga 13 ke 14 hari untuk penggunaan biasa. Namun, menurun kepada 8 hari apabila saya menggunakan always on display dan pemantauan blood oxygen.


Kesimpulan



Apa yang boleh dirumuskan, Garmin Venu SQ 2 boleh dikatakan sebagai sebuah jam tangan pintar yang lengkap, memfokuskan kepada kesihatan dan juga kecergasan. 


Sangat sesuai digunakan pada kebanyakkan pengguna lebih-lebih lagi seperti pelari atau penunggang basikal. Keupayaan sensor yang tepat dan prestasi GPS yang mengagumkan antara sebab mengapa Venu SQ 2 ini berada di kelasnya yang tersendiri.


Selain hadir dengan pelbagai fungsi, satu perkara menarik mengenai Venu SQ 2 adalah berkenaan skrin. Peranti ini mempunyai skrin sangat baik dan terang, setiap maklumat yang dipaparkan seperti ikon, graf, nombor dan lain-lain dapat dilihat dengan jelas biarpun digunakan untuk aktiviti luar. 

Selain itu, pada Venu SQ 2 juga terdapat lebih dari 25 mod sukan antaranya seperti mendayung, golf, ski, yoga, pilate dan lain-lain. Mempunyai penarafan 5ATM yang membolehkan ia digunakan untuk aktiviti air.

ARTIKEL BERKAITAN