Untuk mula menggunakan fungsi ini, buka aplikasi Touch 'n Go eWallet dan pergi ke bahagian bayar. Kemudian leret ke atas untuk membayar melalui Alipay+. Seterusnya pilih negara untuk meneruskan pembayaran kemudian tunjukkan kod QR untuk diimbas.
Menariknya, fungsi pembayaran merentas sempadan ini bukan terhad kepada negara China sahaja, tetapi turut menyokong beberapa negara lain seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Australia, United Kingdom, Filipina, Itali dan Jerman.