Close

Toyoto Prius 2023 diumumkan – Rekaan serba baharu dengan kuasa 223 PS

Toyota hari ini mengumumkan generasi ke-5 Toyota Prius. Melaluinya, ia membawakan rekaan yang berbeza dari model sebelumnya dan turut menawarkan peningkatan dari segi prestasi.


Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan luaran mirip seperti model Toyota bZ4x, dengan rekaan bahagian hadapan runcing yang dipadankan dengan lampu siang berbentuk C. Manakala bahagian dalaman pula ia tampil dengan susunan yang sama seperti Toyota bZ4x crossover.

Toyota mendakwa yang Prius generasi ke-5 ini membawakan peningkatan prestasi yang lebih baik dari generasi sebelumnya. Ia hadir dengan dua pilihan enjin iaitu 1.8 liter hybrid dan juga 2.0 plug-in-hybrid. Yang mana ia mampu menghasilkan 220 hp dan hanya memerlukan 6.7 saat dari 0-100km/j.

Fungsi lain yang turut dibawakan pada Prius 2023 adalah seperti Toyota Safety Sense, Digital Inner Mirror, in-vehicle drive recorder dan sebagainya.

Buat masa ini Toyoto belum lagi mendedahkan harga jualan untuk Toyota Prius 2023. Namun begitu, ia dijangka akan mula dijual pada suku ketiga tahun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN