Menurut laporan terbaru, Twitter dilaporkan bakal melakukan rombakan yang akan memberi kesan kepada semua bahagian dan lebih terarah kepada bahagian jualan, undang-undang, kejuruteraan, dan juga keselamatan.
Twitter buat masa ini mempunyai 7,000 pekerja, dan dijangka akan membuang 2,000 pekerja tidak lama lagi. Sebelum ini, Twitter dilaporkan akan membuang 75% pekerja, namun, perkara tersebut dinafikan oleh Elon Musk.