Close

U Mobile 5G kini tersedia untuk pengguna bermula hari ini

Pelan rangkaian dengan data 5G dari U Mobile kini tersedia untuk pengguna bermula hari ini.


Namun begitu, pelan rangkaian dengan data 5G dari U Mobile buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna Pascabayar sahaja melalui pelan U Postpaid 38, U Postpaid 68, U Postpaid 98 dan juga U FamilyShare.


Manakala untuk pelan Prabayar, ia ditawarkan melalui pelan Prepaid U25 dan Prepaid U35. Namun, penawaran data 5G pada pelan ini memerlukan pengguna menebus Speed Booster harian yang hanya terhad sejam sehari. Tidak dapat dipastikan bilakah penawaran data 5G akan tersedia secara penuh untuk pelan Prabayar. 


Seperti biasa, Untuk mula merasai rangkaian 5G, pengguna harus menggunakan peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh layari laman web rasmi U Mobile.

ARTIKEL BERKAITAN