Secara asasnya, pelan Prepaid U40 menawarkan data tanpa had pada 6 Mbps, panggilan tanpa had, dan juga akses 4G/5G tanpa had kelajuan pada hujung minggu. Namun, untuk mendapatkan akses 4G/5G tanpa had kelajuan, pengguna perlu menebus pas sebelum boleh digunakan.
Yang menarik mengenai pelan ini adalah, ia turut menawarkan akses data hotspot tanpa had dengan kelajuan 6 Mbps. Sekaligus, menjadikan ia pelan yang berbaloi untuk pengguna yang sering menggunakan akses data hotspot.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan prabayar U40 ini, layari laman web rasmi U Mobile.