Close

U Mobile sedia menawarkan perkhidmatan jalur lebar fibre dengan kerjasama TIME

U Mobile kini sedia untuk menawarkan perkhdimatan jalur lebar fibre kepada pengguna mereka selepas mengumumkan kerjasama dengan TIME. 

Melalui kerjasama ini, U Mobile akan menggunakan infrastruktur TIME dalam menyedia perkhidmatan jalur lebar fibre. Selain itu, kerjasama ini juga meningkatkan capaian jalur lebar fibre di kawasan kediaman bertingkat sehingga 650% dengan kelajuan 7 kali ganda.

Buat masa ini, U Mobile telahpun menawarkan tiga pakej jalur lebar melalui Ultra Unlimited Home Fibre dengan kelajuan sehingga 1Gbps pada harga RM299, 500Mbps pada harga RM199 dan 100Mbps pada harga RM129.
Sebelum ini, U Mobile telah bekerjsama dengan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad iaitu Allo dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar. 
Dengan kerjasama baharu ini, kami menjangkakan U Mobile akan menawarkan pakej jalur lebar baharu dengan kelajuan yang lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi U Mobile.

ARTIKEL BERKAITAN