Close

Vivo X90 dan X90 Pro turut diumumkan – Dimensity 9200, UFS 4.0 dan pengecasan pantas 120W

Selain dari mengumumkan peranti andalan utama mereka iaitu Vivo X90 Pro+, Vivo turut mengumumkan dua lagi varian iaitu Vivo X90 dan juga X90 Pro. Yang mana kedua-dua dijana dengan cip Dimensity 9200 bersama beberapa peningkatan lain.

Vivo X90 Pro

Vivo X90 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 9200 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Dibekalkan dengan bateri 4870mAh bersama pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP Sony IMX989 sebesar 1-inci Ziess + 12MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Fungsi lain yang turut hadir adalah seperti cip ISP Vivo V2, penarafan IP68, Bluetooth 5.3 dan lain-lain.

Untuk harga jualan, Vivo X90 Pro dijual pada harga RM3199 (RMB4999) untuk 8GB+256GB dan RM3840 (RMB5999) untuk 12GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Red.

Vivo X90

Seterusnya Vivo X90, hadir dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED bersama paparan 120Hz. Turut dijana dengan cip Dimensity 9200 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 4810mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 120W.

Turut hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP Sony IMX989 + 12MP ultra sudut lebar dan 12MP telefoto. Sementara, untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Fungsi lain yang turut hadir seperti cip ISP Vivo V2, penarafan IP64, Bluetooth 5.3 dan lain-lain.

Dari segi harga jualan, Vivo X90 dijual pada harga RM2368 (RMB3699) untuk 8GB+128GB dan RM3199 (RM4999) untuk 12GB+512GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Red, Black dan Blue.

ARTIKEL BERKAITAN