Close

Vivo X90 Pro+ kini rasmi – Snapdragon 8 Gen 2, UFS 4.0 dan 2 kamera telefoto

Vivo secara rasminya mengumumkan barisan baharu peranti andalan mereka melalui siri Vivo X90. Menawarkan tiga varian dengan Vivo X90 Pro + adalah peranti paling premium.


Vivo X90 Pro + dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED LTPO 4, paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 1,800 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, menjadikan ia sebagai peranti pertama hadir dengan cip tersebut. Dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan kamera utama 50MP Sony IMX989 yang bersaiz 1-inci dengan bukaan sehingga f/1.75 bersama teknologi Zeiss T*. Melengkapinya, dua telefoto dengan sensor 64MP + 50MP dengan zum optik 3.5x dan zum digital 100x, seterusnya kamera ultra lebar dengan 48MP. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.

Dimuatkan dengan bateri sebesar 4700mAh yang dibahagikan kepada dua sel bateri, turut menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Fungsi lain yang turut dibawakan adalah seperti kemampuan merakam video dengan resolusi 8K 30fps, penarafan IP68, Bluetooh 5.3, sistem penyejuk vapor chamber, Dolby Vision dan sebagainya.

Untuk harga jualan, Vivo X90 Pro+ dijual pada tanda harga bermula RM4161 ($910) untuk 12GB+256GB dan ditawarkan dalam dua pilihan warna China Red dan Original Black. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pasaran China dan akan mula dijula pada 28 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN