Close

Vivo Y22s kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM999

Vivo kini sedia menawarkan Y22s untuk pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas pertengahan. Namun, didatangkan dengan beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi dan juga rekaan.

Vivo Y22s dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.55-inci IPS LCD FHD+ bersama paparan standard 60Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB bersama slot MikroSD. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantasn 18W. Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera 50MP + 2MP makro dan satu kamera swafoto 8MP.

Untuk harga jualan, Vivo Y22s ditawarkan dengan harga bermula RM999. Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Starlit Blue dan Summer Cyan. Bagi yang berminat, Vivo Y22s kini tersedia di semua pengedar sah rasmi Vivo dan kedai atas talian Vivo Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN