Set kepala VR ini dicipta sempena memperingati anime Sword Art Online, yang mana beribu-ribu pemain terperangkap dalam permainan VRMMORPG.
Set kepala VR ini mirip seperti Meta Quest Pro, yang membezakanya adalah ia disambungkan dengan tiga modul cas letupan yang terletak di atas skrin. Modul tersebut akan meletup dan memusnahkan otak pemain apabila menerima isyarat daripada fotosensor dalam VR.
Namun begitu, set kepala pembunuh VR bukanlah untuk dijual di dunia sebenar. Sebaliknya ia hanyalah sebuah seni dan juga sebagai peringatan.