Close

WhatsApp Communities kini tersedia untuk semua pengguna di Malaysia

WhatsApp kini membawakan satu lagi fungsi baharu untuk pengguna mereka. Fungsi yang dimaksudkan adalah WhatsApp Communities.


Fungsi baharu ini memudahkan pengguna untuk menguruskan pelbagai kumpulan dalam satu ruang (komuniti) dalam masa yang sama dapat mengatur perbualan kumpulan di WhatsApp.

Fungsi ini juga membolehkan pengguna bertukar topik dengan lebih mudah dan boleh membahagikan kumpulan perbincangan dengan lebih teratur. Selain itu, fungsi ini juga mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan semua perbualan akan di end-to-end encryption.

WhatsApp Communities turut membawakan beberapa kelebihan lain seperti panggilan video sehingga 32 orang, undian dalam perbualan dan boleh menambah ahli sehingga 1024 orang.

Seperti biasa, untuk menggunakan fungsi ini. Anda perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp melalui App Store atau Play Store.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN