Close

WhatsApp : Tangkap layar pada ‘View Once’ tidak lagi menunjukkan imej


WhatsApp kini menambah satu lagi fungsi privasi pada aplikasi mereka. Fungsi yang dimaksudkan adalah menyekat tangkap layar dan rakaman skrin pada View Once. Fungsi ini telahpun diuji oleh WhatsApp sebelum ini dan telah dilepaskan secara berperingkat pada semua pengguna.



Menerusi kemaskini terbaru yang dilepaskan oleh WhatsApp untuk pengguna Android dan iOS, memeperlihatkan fungsi tersebut telahpun tersedia untuk digunakan. Kami juga telah mencuba fungsi ini dan ianya dapat digunakan tanpa sebarang masalah.


Seperti biasa, untuk mula menggunakan fungsi ini, pengguna harus mengemaskini aplikasi WhatsApp kepada yang terkini melalui App Store atau Play Store.

ARTIKEL BERKAITAN