Close

Xiaomi 12S Ultra dengan Lensa M-Mount Leica diperlihatkan

Peranti konsep sentiasa menawarkan sesuatu yang berbeza dari peranti biasa. Xiaomi merupakan salah satu pengeluar yang sering tampil dengan idea tersebut.

Terkini, Xiaomi telah memperlihatkan peranti konsep Xiaomi 12S Ultra dengan keupayaan untuk memasang Lensa M-Mount dari Leica.
Peranti konsep ini tampil dengan dua sensor 1-inci yang dilindungi dengan kaca nilam untuk perlindungan. Untuk menggabungkannya, peranti perlu disambungkan dengan satu mounting khas yang diletakkan di bahagian belakang kamera untuk membolehkan lensa M-Mount Leica dipasang.
Dari segi perisian, gabungan ini membolehkan aplikasi kamera menyokong beberapa fungsi seperti histogram, garisan zebra, focus peaking dan juga RAW 10-bit.
Namun begitu, peranti konsep ini hanyalah sekadar konsep dan ianya bukanlah untuk dijual di pasaran. Xiaomi juga tidak merancang peranti untuk melancarkan peranti konsep ini.

ARTIKEL BERKAITAN