Close

Xiaomi 13 mungkin tidak akan dilancarkan, tapi…

Sumber : OnLeaks

Xiaomi bakal melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya tidak lama lagi. Peranti andalan tersebut telah disahkan akan menjadi peranti terawal akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Menariknya, peranti andalan ini akan menggunakan nama Xiaomi 14 dan bukannya Xiaomi 13 seperti yang sepatutnya, iaitu mengikut urutan peranti semasa iaituXiaomi 12. Perkara tersebut merujuk kepada kotak bungkusan rasmi yang tertiris memperlihatkan tertulisnya model Xiaomi 14 pada kotak tersebut.

Kotak bungkusan itu turut memperlihatkan beberapa maklumat lain seperti terteranya penjenamaan Leica. Namun begitu, kotak bungkusan tidak memperlihatkan reka bentuk Xiaomi 14 sebaliknya ia tampil dengan warna putih sepenuhnya.

                                                 

Selain itu, terdapat imej tertiris yang memperlihatkan bahagian “about phone” Xiaomi 14. Melalui imej tersebut memperlihatkan nombor model Xiaomi 14 iaitu 2211133C yang sama dengan pensijilan 3C dan beberapa maklumat lain seperti 12GB RAM, kelajuan CPU 3.2Ghz dan menjalankan Android 13 dengan antara muka MIUI 14.

Walaubagaimanapun, maklumat ini masih lagi diperingkat awal dan belum ada sebarang pengesahan mengenainya. Xiaomi buat masa belum lagi mendedahkan tarikh pelancaran bagi Xiaomi 14. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN