Close

Xiaomi 13 Pro sah akan hadir dengan sensor kamera 1-inci Sony IMX989

Xiaomi telahpun menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 pada 1 Disember ini di China. Menjelang hari pelancaran, Xiaomi telah berkongsi maklumat mengenai kamera yang akan digunakan pada Xiaomi 13 Pro.

Melalui perkongsian itu, memperlihatkan yang Xiaomi 13 Pro sah akan dilengkapi dengan sensor kamera 1-inci Sony IMX989. Yang mana, konfigurasi kamera ini dilihat sama seperti pada Xiaomi 12S Ultra. Ia juga akan ditala dengan kerjasama daripada Leica.

Selain itu, Xiaomi turut berkongsi hasil gambar yang diambil menggunakan kamera Xiaomi 13 Pro. Malangnya, Xiaomi tidak berkongsi konfigurasi penuh kamera yang akan digunakan pada Xiaomi 13 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN