Close

Xiaomi menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 pada 1 Disember ini

Xiaomi kini sedia untuk membawakan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Xiaomi 13. Antara maklumat yang telah disahkan mengenai peranti andalan ini adalah ia akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Terkini, Xiaomi telah berkongsi hari pelancaran Xiaomi 13 iaitu pada 1 Disember ini di China. Pada acara tersebut, Xiaomi turut akan mengumumkan sistem operasi baharu yang berasaskan Android 13 iaitu MIUI 14.

Berdasarkan dari poster pelancaran yang dikongsi, ia turut memperlihatkan yang Xiaomi 13 akan hadir dalam dua pilihan varian, berkemungkinan Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Turut dapat lihat, kedua-duanya akan hadir dengan rekaan panel hadapan yang berbeza. Untuk Xiaomi 13 Pro ia akan hadir dengan skrin jenis melengkung, sementara Xiaomi 13 akan hadir dengan skrin jenis rata.

Selain itu, terdapat juga penjenamaan Leica pada poster tersebut, bermakna siri Xiaomi 13 akan mempunyai keupayaan kamera yang lebih baik dari siri Xiaomi 12.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai Xiaomi 13. Seperti biasa, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN