Close

YouTube Shorts boleh jana pendapatan bermula Januari 2023 – Alternatif TikTok yang lebih baik?

YouTube hari ini mengumumkan beberapa cara baharu untuk mula menjana pendapatan melalui YouTube Partner Program (YPP) termasuklah YouTube Shorts.

Pencipta Shorts kini layak untuk menyertai YouTube Partner Program (YPP) dengan syarat yang lebih mudah iaitu mempunyai 1,000 subcribers dengan 10 juta tontonan (Shorts) dalam tempoh 90 hari atau 1,000 subcribers dengan 4,000 tontonan video umum. Sebaik sahaja layak mendapat YPP, pencipta Shorts bakal menerima semua ciri dan faedah untuk menjana pendapatan.
Melalui program ini, 45% pendapatan akan diperolehi oleh pencipta Shorts berdasarkan dari jumlah tontonan. Menariknya, jumlah pendapatan tetap sama biarpun pencipta menggunakan muzik atau tidak pada kandungan mereka. Super Thanks juga kini bakal hadir pada YouTube Shorts.
Program menjana pendapatan melalui YouTube Shorts akan bermula pada pertengahan Januari 2023. Selain YouTube Shorts, Creator Music juga adalah salah satu cara baharu untuk menjana pendapatan melalui YPP.

ARTIKEL BERKAITAN