Close

ZTE Axon 40 Ultra Space Edition dilancarkan dengan harga mencecah RM4835

ZTE mengumumkan sebuah lagi peranti premium andalan mereka iaitu Axon 40 Ultra Space Edition. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah peningkatan seperti dari segi konfigurasi dan juga rekaan.

Secara keseluruhan, ZTE Axon 40 Ultra Space Edition masih lagi membawakan spesifikasi asas yang sama seperti saiz skrin 6.8-inci AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 1, bateri 5000mAh, tri-kamera belakang dan kamera swafoto 16MP di bawah skrin.
Untuk edisi khas ini, ia membawakan pilihan konfigurasi yang lebih tinggi iaitu RAM sehingga 18GB dan storan dalam sehingga 1TB. Selain itu, ia kini menyokong pengecasan pantas 80W berbanding versi standard iaitu 65W.
Menjadikan edisi khas ini lebih menarik adalah, ia hadir dengan panel belakang jenis seramik seperti pada model sebelumnya. Edisi khas ini dihasilkan untuk menyambut kejayaan agensi angkasa lepas China.
Dari segi harga jualan, ZTE Axon 40 Ultra Space Edition dijual pada tanda harga RM3702 ($825) untuk 12GB+512GB dan RM4835 ($1075) untuk 18GB+1TB. Walaubagaimanapun. Edisi khas ini hanya tersedia unttuk pasaran China.

ARTIKEL BERKAITAN