Close

400 juta data pengguna Twitter dijual oleh penggodam

Seorang penggodam mendakwa yang beliau mempunyai 400 juta data pengguna Twitter untuk dijual. Menurut penggodam, data tersebut diperolehi semasa Twitter mengalami masalah vulnerability API yang berlaku pada 2021. Yang mana masalah tersebut telahpun diselesaikan.

Penggodam yang menggunakan nama “Ryushi”, telah mengiklankan penjualan data dengan nilai sekitar $200,000. Yang mana iklan tersebut dibuat melalui forum yang terkenal dengan jualan data pengguna. 

Penggodam tersebut turut meminta Elon Musk untuk membeli data tersebut bagi mengelakkan dari disaman disebabkan oleh kebocoran data. Selain itu, data tersebut dikatakan mahu dijual secara eksklusif dan akan dipadam selepas urusan jual beli selesai. Namun, jika pembelian secara eksklusif tidak dibuat, ia akan dijual secara berasingan dengan nilai $60,000.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN