Close

Amerika Syarikat haramkan aplikasi TikTok pada peranti milik kerajaan

Aplikasi sosial paling popular ketika ini iaitu TikTok dilaporkan diharamkan pada peranti milik kerajaan. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pejabat Pentadbiran Amerika Syarikat (AS), arahan tersebut dikeluarkan kerana aplikasi tersebut dikatakan tidak selamat dan berisiko tinggi. Sekiranya, aplikasi tersebut telah dipasang ianya perlu dinyahpasang dan tidak dibenarkan untuk dimuat turun semula.

Pada ketika ini, 19 negeri di Amerika Syarikat telahpun menyekat aplikasi tersebut pada peranti yang diuruskan oleh kerajaan. Peraturan baharu ini dilihat sebagai salah satu langkah A.S untuk mengharamkan TikTok di negara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN