Close

Android TV 13 dilancarkan secara rasmi

Google hari ini melancarkan Android TV 13 secara rasmi. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi fungsi, privasi, keselamatan, prestasi dan juga kualiti.

Secara keseluruhan, Android TV 13 tidak membawakan perubahan antaramuka yang ketara kerana ia masih lagi membawakan antaramuka yang sama seperti Android TV 12.
Antara fungsi menarik yang ditawarkan pada Android TV 13 adalah pengguna kini boleh mengubah suai resolusi dan juga paparan berdasarkan dari jenis sambungan HDMI yang disokong. Selain itu, turut menyokong fungsi seperti kawalan input dan juga kebolehcapaian.
Buat masa ini, Android TV 13 hanya tersedia untuk pembangun dengan ADT-3 sahaja. Tidak dapat dipastikan bilakah Android TV 13 akan tersedia untuk semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN