Close

Apple Mac Pro dengan cip M2 Extreme dilaporkan tidak akan dilancarkan – Ini sebabnya…

Apple sebelum ini merancang untuk melancarkan Apple Mac Pro dengan cip M2 Extreme. Namun, rancangan tersebut dikatakan telah dibatalkan oleh Apple.

Menurut Bloomberg, Apple dikatakan telah membatalkan rancangan untuk menggunakan cip M2 Extreme pada Apple Mac Pro. Dengan pembatalan rancangan tersebut, Apple akan menggunakan cip M2 Ultra pada Apple Mac Pro yang mempunyai 24 teras CPU dan 76 teras GPU.

Sebab utama Apple membatalkan rancangan untuk menghasilkan cip M2 Extreme adalah kerana proses penghasilan cip tersebut adalah sangat rumit disamping kos penghasilkan yang sangat tinggi.

Sekiranya rancangan Cip M2 Extreme tidak dibatalkan, kita bakal melihat sebuah cip yang sangat berkuasa dengan 48 teras CPU dan 152 teras GPU.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN